MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PEMBELIAN:
- Anda dinasihatkan menggunakan capaian Internet berkelajuan tinggi supaya tidak mengganggu proses pembelian dan tempahan yang sedang berjalan.
- Akaun e-mel yang diberikan mestilah akaun yang aktif dan berkemampuan menampung pemindahan fail.
- Kami akan menghantar invois pembelian, maklumat pendaftaran dan nombor siri produk melalui alamat e-mel yang diberikan.
- Kami akan menghantar kepada anda e-mel atau iklan terbaru produk NR kepada anda dari masa ke semasa.
PEMBELIAN ONLINE:
- Semua harga yang dipaparkan di portal adalah Harga Ahli NR walaubagaimana pun
- Pembelian melalui on-line hanya ditawarkan pada ahli e-Komuniti sahaja (Keahlian Maya).
PEMBELIAN OFFLINE:
- Portal BayarSini telah melaksanakan polisi TIDAK AKAN meneruskan tempahan yang dibuat TANPA pembayaran selama 48 jam (2 hari) dari masa/tarikh pembelian. Pembelian ini akan secara automatik TERBATALKAN dan sekiranya pelanggan masih berminat, anda dialu-alukan untuk menempah semula pembelian anda.
KOS PENGHANTARAN PRODUK:
- Kos penghantaran bergantung kepada berat produk yang ditempah.
POLISI PEMULANGAN PRODUK:
- Semua produk yang didagangkan adalah terpelihara di bawah Akta Hak Cipta serta terjamin mutu dan kualitinya.
- Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kerosakan yang berpunca dari pihak kami atau berlaku ketika proses penghantaran.
PROMOSI:
- Hanya 1 promosi sahaja yang sah di dalam portal Bayar Sini pada satu-satu masa. Jika terdapat 2 promosi pada masa yang sama, maka promosi yang diskaun yang tertinggi sahaja yang diambilkira.
PANDUAN:
- Kami mengalu-alukan tempahan dan pembelian secara online melalui proses yang selamat dan terjamin dengan VISA, MasterCard atau kad kredit lain.
- Kami juga menerima pembelian secara offline dengan kaedah pembayaran secara tunai, cek, kiriman wang atau wang pos.
- Sila baca dan fahami setiap arahan yang tertera ketika membuat pembelian dan tempahan secara online.
- Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 7 hari bekerja setelah tempahan dibuat dan pembayaran disahkan; melainkan telah dihubungi pihak pengurusan jika terdapat sebarang perubahan. Kami akan memaklumkannya melalui e-mel apabila produk telah dihantar kepada anda.
- Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kepercayaan anda menggunakan produk kami dan membeli secara online.
PAYMENT COLLECTOR:
Untuk Payment Collector, nama penerima bayaran berikut akan dipaparkan pada penyata anda:
“SHAHIR TEGUH ENTERPRISE”.